Siri Samsung Galaxy M Bakal Masuk Malaysia – Ditawarkan Eksklusif Secara Online

1227
- Iklan -

Samsung hari ini berkongsi berita gembira apabila mengesahkan bahawa rangkaian untuk Siri Galaxy M mereka bakal bertemu pengguna tempatan tidak lama lagi.

Penjualan ditawarkan eksklusif secara atas talian dan Samsung kini telah pun membuka daftar minat di laman rasmi mereka. Pun begitu, harga jualan dan ketersediaan belum diumumkan setakat ini – bakal dikemaskini kemudian.

Daftar minat Siri Galaxy M DI SINI!

Sedia maklum, Samsung telah pun memperkenalkan rangkaian Siri Galaxy M menerusi kemunculan Galaxy M10, Galaxy M20, dan Galaxy M30. Siri ini mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk pengguna muda, selain hadir dengan spesifikasi terbaik. Ia dijangka ditawarkan pada harga berpatutan, sekaligus memboleh Samsung bersaing dengan pelbagai pengeluar lain.

_______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :