
HUAWEI P30 Pro Hadir Dengan Sistem Zoom Periskop, Cahaya Rendah Lebih Baik
Pelancaran siri HUAWEI P30 bakal diumumkan pada 26 Mac ini, semakin hari nampaknya semakin banyak butiran terdedah mengenainya. Setelah reka bentuk HUAWEI P30 Pro terdedah, kini muncul satu lagi berita yang menjadi tumpuan ramai.
Memetik sumber, HUAWEI P30 disah hadir dengan sistem zoom periskop. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pihak HUAWEI menerusi sebuah temu bual bersama Android Central.

Pun begitu, beliau masih berteka-teki mengenai tahap zoom padanya namun mendedahkan bahawa HUAWEI P30 Pro bakal membawa sesuatu yang luar biasa. Ramai mula berspekulasi ia pastinya dipertingkatkan kualitinya.
Di samping itu, terdapat juga desas desus mengatakan P30 Pro bakal dilengkapi prestasi pengcahayaan rendah yang lebih baik berbanding sebelumnya – bakal menetapkan penanda aras baru dalam fotografi mudah alih.
[SUMBER]
____________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :

