OPPO F11 Pro Kini Muncul – Sokong MediaTek Helio P70 + Rekaan Pop Up + Kamera Utama 48MP

OPPO secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu OPPO F11 Pro pada acara pelancaran yang berlangsung di India. Peranti ini dibina dengan rekaan mengagumkan di samping inovasi lebih terkini.

OPPO F11 Pro membawakan paparan skrin berukuran 6.5 inci FHD+ (1080 x 2340 piksel) bersama penggunaan kamera “sorok” sama seperti pada vivo V15 Pro. Paparannya menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90.9%.

Ia dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio P70 dan dibantu memori sebesar 6GB RAM + 64GB storan dalaman. Melengkapinya, bateri 4,000 mAh (melalui micro-USB) bersama pengecasan pantas VOOC 3.0. Ia juga mempunyai teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon.

Dari segi kamera, ia dilengkapi sokongan dwi kamera utama 48MP + 5MP dan didatangkan kamera selfie ‘pop-up’ sebesar 16MP. Untuk sistem operasi, peranti ini menggunakan ColorOS 6.0 berlandaskan Android 9.0 Pie.

OPPO F11 Pro diperkemaskan dengan sejumlah pilihan warna menarik seperti Thunder Black dan Aurora Green. Ia ditawarkan di pasaran India pada harga RS24,990 (kira-kira RM 1,449).

Buat masa ini, harga bagi pasaran tempatan masih belum diketahui namun pihak OPPO Malaysia memaklumkan bakal menjengah ke pasaran tempatan pada Mac ini. Sama-sama kita tunggu~

______________________________________________________

Selain pelancaran OPPO F11 Pro, syarikat itu turut melancarkan sebuah lagi varian yang ringan iaitu Oppo F11.  Varian ini membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti OPPO F11 Pro : Dijana MediaTek Helio P70, kamera utama 48 MP+5MP, kamera swafoto 16MP dan sistem operasi ColorOS 6.

Namun, yang membezakannya adalah ia hadir dengan rekaan rekaan takuk kecil bersama skrin berukuran 6.5 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Penawaran memori dan bateri juga berbeza iaitu 4GB RAM + 128GB ROM, manakala bateri pula 4,020 mAh. Tersedia dalam warna, Fluorite Purple dan Marble Green, versi ini ditawarkan di pasaran India pada harga Rs.19,990 (kira-kira : RM 1,159).

 

 

You might also like