Cynogen Inc Dalam Masalah?

Kaki tweak dan modifikasi smartphone pasti sangat mengenali Cyanogen Inc. Entiti ini bermula sebagai projek komuniti yang bertujuan membangunkan sistem operasi berasaskan Android yang lebih bebas dan mesra pengguna, ianya cukup berjaya sehinggakan projek komuniti tersebut kini berdiri sebagai sebuah syarikat yang sah.

Namun kini terdapat berita yang kurang menyenangkan dari syarikat tersebut, dikhabarkan bahawa hampir 20% pekerja mereka telah diberhentikan. Punca pengurangan tenaga kerja itu masih belum dapat dipastikan sama ada ia berpunca dari krisis kewangan atau pun peralihan fokus di dalam syarikat. Terdapat ura-ura bahawa Cynogen Inc mahu meletakkan fokus mereka di dalam pembangunan aplikasi.

Cynogen Inc mempunyai rekod yang cemerlang, mereka telah bekerjasama dengan pelbagai nama besar seperti Google, Microsoft, OnePlus dan ramai lagi.

 

You might also like