
Peranti gaming di bawah jenama Xiaomi yang sangat hebat ini Black Shark 2 akhirnya diumumkan secara rasmi di pasaran China, menurut sumber peranti gaming ini juga bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia awal bulan April nanti.
Black Shark 2 dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855, terdapat dua varian iaitu 6GB/8GB/12GB RAM dan ruangan storan 128GB/256GB ROM. Penggunaan kad grafik baharu Adreno 640 menawarkan prestasi lebih 20% berbanding Adreno 630.
Spesifikasi lain termasuk juga paparan skrin 6.39 inci AMOLED, dwi-kamera utama 48MP + 12MP, kamera hadapan 20MP, kapasiti bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4.0 (27W), serta ciri-ciri khas peranti gaming antaranya sistem penyejukan cecair dan Shark Space.
Harga jualan Black Shark 2 di pasaran China adalah:
- 6GB + 128GB: RMB3,199 (kira-kira RM1,942)
- 8GB + 128GB: RMB3,499 (kira-kira RM2,124)
- 8GB + 256GB: RMB3,799 (kira-kira RM2,306)
- 12GB + 256GB: RMB4,199 (kira-kira RM2,549)
Adakah harga tempatan akan lebih rendah lagi? Kita nantikan pelancaran rasmi di Malaysia ya.
[ SUMBER ]

