Bantah Jalanan Pemandu Teksi Bertukar Ganas

160322-indonesia-taxi-protest-jpo-1248a_8b952f5a33dfb59be9a1b93254918215.nbcnews-ux-2880-1000

Pemandu teksi Indonesia telah menyekat jalan akses ke bangunan parlimen dalam tunjuk perasaan dan protes jalanan dalam usaha mereka membantah operasi Uber dan Grab yang didakwa menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Demonstrasi yang dianjurkan kumpulan pemandu teksi Blue Bird itu pada awalnya enggan disertai kumpulan pemandu teksi lain, akibatnya teksi dari kumpulan lain juga turut diserang semasa tunjuk  perasaan tersebut bersama-sama kenderaan Uber dan Grab.

AP_761928934813

Terdapat beberapa saksi mendakwa melihat pemandu teksi kumpulan Blue Bird bertindak membakar tayar dan merosakkan kenderaan yang berada di jalan. Selain menyerang pemandu teksi lain , Uber dan Grab, penunjuk perasaan juga menyerang penunggang motosikal Go-Jek. Go-Jek merupakan servis kurier crowdsourced yang beroperasi di Indonesia.

Pada tahun lalu Indonesia telah mengharamkan operasi Uber dan Grab, namun keputusan itu dibatalkan Perdana Menteri Joko Widodo dengan serta merta. Menurut beliau servis seumpama itu akan terus dibenarkan beroperasi sementara kerajaan memikirkan satu garis panduan untuk digunakan oleh industri pengangkutan awam.

You might also like