Hotel 5G Pertama Di Australia – Dikuasakan Dari OPPO

OPPO baru sahaja mempamerkan keupayaan 5G di majlis pelancaran 5G Live Cluster Field Trial yang dianjurkan oleh Celcom Malaysia, terkini OPPO juga membuka sayap ke bidang penginapan di mana syarikat ini telah membuka sebuah hotel bernama OPPO 5G Hotel di Australia.

Seperti namanya hotel ini dikuasakan di bawah teknologi 5G oleh OPPO dan menjadi pertama di Australia dengan keupayaan 5G, dan hotel ini menggunakan konsep hotel bergerak yang akan bertukar lokasi di sekitar kawasan Australia.

Bersama teknologi 5G, pelbagai teknologi pintar juga tersedia dalam hotel ini antaranya:

  • Cermin Pintar – Sambungkan peranti pintar untuk menonton berita terkini, dapatkan kemas kini stok, baca akhbar pagi, menonton filem, atau dapatkan cahaya yang secukupnya untuk selfie.
  • Permainan Bila-Bila Masa – Melalui 5G Gaming Suite dalam hotel, anda boleh menikmati keseronokan bermain permainan sama ada di komputer riba atau peranti pintar.
  • Google Home HubOPPO Reno 5G dalam hotel boleh disambungkan ke Google Home Hub untuk melakukan segala aktiviti pintar, seperti kawalan arahan suara pada lampu, memainkan lagu di YouTube Muzik, serta bertanya pada Google.
  • Realiti-Gabungan (AR) – Hotel ini mempunyai beberapa aplikasi AR termasuk pengenalan interaktif kepada Reno 5G dan AR Wardrobe, yang membolehkan anda previu pakaian yang berbeza.
  • Akses Hiburan Tanpa Buffer – Muat turun, strim dan tonton video kegemaran dengan keupayaan 5G.

Hotel 5G ini merupakan kontena perkapalan yang berukuran 40ft, menerima tempahan mulai sekarang hingga 30 Ogos 2019 di HOTA, The Gold Coast. Harga sewa semalam adalah $150, sekitar RM622 untuk dua orang.

 

 

You might also like