
Program realiti terbaharu TV3 – ‘Lagu Cinta Kita’ bakal bertemu para penonton tidak lama lagi. ‘Lagu Cinta Kita’ bakal menampilkan Nana Mahazan sebagai hos, manakala Scha Al Yahya dan Hael Husaini sebagai juri tetap.
Di samping itu, ‘Lagu Cinta Kita’ turut menampilkan barisan juri undangan khas yang berbeza untuk setiap episod. Antaranya seperti Nora Danish, Zahirah MacWilson, Nabila Huda, Jihan Muse dan Azira Shafinaz.
Menariknya mengenai program ini, ‘Lagu Cinta Kita’ telah memilih siri HUAWEI Nova 4 sebagai pakar selfie terbaik yang benar-benar merangkumi semangat belia dan kepenggunaan milenium dengan sejumlah ciri serta reka bentuk bergaya.

Ciri-ciri unik seperti AI Beautification, Triple AI Camera, AI Video Showreel dan Video Ringtone dilihat mampu memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam penghasilan selfie yang berkualiti, hiburan utama dan pengalaman permainan memuaskan.
Melalui kerjasama ini, HUAWEI juga berusaha menggali bakat-bakat terbaik tempatan selain turut serta meletakkan kandungan yang lebih menghiburkan pada masa akan datang.

‘Lagu Cinta Kita’ mula bersiaran menerusi YouTube TV3 Malaysia bermula 19 April 2019 pada setiap Jumaat & Sabtu, jam 9.00 malam dan di saluran TV3 bermula 21 April 2019, pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
_______________________________________________________________________
Artikel Berkaitan:
- 9 Perkara Pada HUAWEI Nova 4e Buat Kalian Bergaya Persis Superstar – Nombor 3 Paling Gempak!
- HUAWEI Nova 4e Menawarkan Harga RM1,199 – Sokong 32MP AI Kamera Swafoto
- Wany Hasrita Ajar ‘Rahsia’ Dapatkan Gambar Selfie Low Light Sempurna Guna Siri HUAWEI Nova 4!
- Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova
- Bosan Dengan Ringtone Standard? Video Ringtone HUAWEI Nova 4 Bakal Ubah Mood Anda!