9 Perkara Pada HUAWEI Nova 4e Buat Kalian Bergaya Persis Superstar – Nombor 3 Paling Gempak!

HUAWEI Nova 4e dilihat membawakan penawaran spesifikasi seimbang bersama rekaan menawan dan menyokong fungsi yang pasti memenuhi pengguna masa kini. Harga yang ditawarkan juga menarik iaitu RM 1,199 seunit. Berikut adalah 9 perkara pada HUAWEI Nova 4e yang pasti buat kalian bergaya sepuasnya!

 

1) Rekaan & Konsep Menarik

HUAWEI Nova 4e tidak mengecewakan…Bercakap mengenai luaran, HUAWEI Nova 4e menampilkan susuk tubuh menarik dengan kemasan yang mengikut trend terkini. Ditambah lagi dengan panel kaca melengkung 3D, ia ternyata menyerlahkan lagi bentuk telefon sekaligus meletakkan Nova 4e pada tahap terbaik dalam setiap hati pembeli.

Nova 4e hadir dalam tiga pilihan warna menawan seperti Pearl White, Midnight Black dan Peacock Blue. Untuk posting kali ini, unit reviu yang diterima adalah Peacock Blue. Peacock blue mempunyai kemasan tona warna biru dan ungu. Selain itu, ia juga memiliki efek pantulan yang dilihat menarik tiap mata memandang.

 

 

2) Paparan Menakjubkan

Melihat kepada rekaan paparan skrin Nova 4e, model keluaran HUAWEI ini ternyata tiada kekurangannya dan ia terlihat seperti sebuah telefon pintar yang mempunyai tarikan tersendiri dalam menarik minat pembeli.

Skrin bersaiz 6.15″ IPS LCD FHD+ (2312 x 1080 piksel) dengan kemasan takuk kecil pasa bahagian atas telefon sekaligus memberikan ruang lebih luas untuk paparan dengan warna cemerlang. Ini sekaligus mampu menjamin kepuasan semasa membuat sebarang kerja di telefon termasuklah menonton video dan sebagainya. Paparan juga selamat kerana ia telah menerima pensijilan keselesaan mata, TUV Rheiland untuk pengalaman lebih selesa.

 

3) Setiap Shot Pasti Sempurna – 32MP Kamera Swafoto 

Dari segi penggambaran, ternyata Nova 4e juga tidak mengecewakan kerana jujur dikatakan ia cukup sempurna untuk menangkap gambar selfie. Tidak keterlaluan jika dikatakn kamera swafoto Nova 4e sangat hebat – dilengkapi 32MP (f/2,0) dengan sokongan pelbagai mod termasuk panorama, potrait, AR Lens dan banyak lagi.

Lebih mengujakn, teknologi AI yang diketengahkan dilihat mampu menghasilkan gambar selfie yang lebih semula jadi dan sentiasa menjanjikan sisi yang terbaik. Nova 4e juga merupakan yang pertama dalam peranti HUAWEI dibenamkan dengan sensor setinggi ini. Kamera swafoto Nova 4e boleh mengenal pasti lebih daripada 8 kategori berbeza termasuklah bunga, malam dan sebagainya.

 

4) Tiga Kamera Utama – Pandangan Lebih Luas

Selain kamera swafoto, kamera utama Nova 43 juga tidak mahu kalau di mana ia hadir dengan keupayaan sistem tri-kamera utama yang tiada tandingan – gabungan lensa 24MP (wide-angle) (f/1.8) + 8MP (ultra wide-angle) + 2MP (bokeh). Selain itu, ia juga menyokong sudut luas mencecah 120 darjah.

Melaluinya, anda boleh menembak tanpa had dan meluaskan perspektif dengan kanda sudut lebar sehingga 120 darjah. Confirm lepas ni tak ada lagi yang tertinggal! Gambar terhasil pun lebih menarik dengan efek tangkapan yang menakjubkan. Kamera utama juga mampu mengenal pasti 22 kategori berbeza termasuklah makanan, bangunan dan sebagainya. Tetapan warna dan kontras juga dilaraskan secara automatik.

 

5) Video Ringtone 

Adakah anda bosan dengan semua ringtone panggilan masuk yang sedia ada? Jangan risau! Dengan Nova 4e, kini anda boleh membuat setiap panggilan masuk lebih menghiburkan dengan fungsi video ringtone khusus. Anda juga boleh menetapkan video kegemaran anda sebagai nada dering untuk kenalan yang berbeza termasuklah keluarga, rakan-rakan, kekasih dan banyak lagi.

 

6) Ruang Besar Untuk Lebih Kepuasan

Enjin dalaman NOVA 4e mampu menjalankan tugas harian dengan lancar – menggunakan cip Kirin 710 bersama kombinasi memori yang besar iaitu 6GB RAM dan membolehkan anda menyimpan semua diingini dalam storan dalaman 128GB. Melaluinya, pengguna kini memiliki lebih banyak ruang untuk kandungan dan aplikasi penting termasuklah muzik, gambar dan sebagainya.

 

7) Pengalaman Gaming Menyeronokkan

Nova 4e bukan sahaja sesuai untuk kaki selfie, malah teknologi yang dibenamkan padanya menjadikan ia juga sesuai untuk gamers. Ketersediaan pemproses grafik yang dikuasakan oleh GPU Turbo 2.0 sekaligus dilihat mampu meningkatkan prestasi untuk pengalaman gaming yang lebih baik. Ia juga menjadikan penggunaan menjadi lebih pantas.

 

8) Bateri Besar + USB-C 

Nova 4e juga hadir dilengkapi ketahanan bateri yang dianggap cukup memadai untuk penggunaan hari ini iaitu 3,340 mAh melalui pengecasan USB-C – menyokong pengecasan pantas 9V/2A. Bahkah, ia juga sekaligus sedikit sebanyak dilihat mampu memberi kepuasan kepada kaki gamers.

 

9) HUAWEI HiVison – Kini Segalanya Di Hujung Jari

Perkara menarik lain yang dapat dilihat pada Nova 4e ini adalah ketersediaan HUAWEI HiVison pada sistem operasi yang mana banyak membantu dalam menguruskan kehidupan seharian pengguna. Terdapat empat fungsi utama Hivision iaitu QR Code, translate, shopping dan identify. Dengan Nova 4e, kini bergayalah sepuasnya tanpa rasa gentar!

 

Jom Beli HUAWEI Nova 4e?

You might also like