Lapan Pasukan Berentap Di Gelanggang Separuh Akhir MPL: Mobile Legends

Pertandingan MPL: Mobile Legends yang akan berlangsung pada 13 April (esok) di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya bakal dihangatkan oleh lapan kumpulan dari Malaysia dan Singapura. Setiap kumpulan bakal berentap di sana untuk merebut tempat di peringkat akhir yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD50,000.

Peranti yang akan digunakan oleh setiap pemain dalam Pertandingan MPL: Mobile Legends ini ialah sebuah telefon pintar Honor View10, dimana pertandingan ini juga adalah dibawah tajaan Honor.

Peringkat akhir MPL: Mobile Legends akan berlangsung pada 15 April depan pada pukul 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi MPL.

You might also like