honor 10 Diumumkan 19 April 2018, Hadir Dengan Spesifikasi Seakan Huawei P20

honor yang merupakan jenama dibawah Huawei akan mengadakan satu majlis khas pada 19 April 2018 di China bagi memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka, honor 10.

Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum diumumkan, honor telah mengeluarkan gambar promo awal yang menunujukan telefon pintar ini akan menyokong dwi-kamera dengan sokongan teknologi AI yang nampaknya menjadi trend pengeluar hari ini. Malah warna pilihan Twilight seperti yang terdapat pada Huawei P20 juga ditawarkan.

Mengenai spesifikasi honor 10 pula, ia dijangka akan hadir dengan spesifikasi mirip seperti Huawei P20 iaitu dengan menampilkan skrin berukuran 5.8 inci dengan rekaan paparan skrin ‘rongak’, pemproses Kirin 970, dwi-kamera 12 MP + 20 MP serta memori RAM sebesar 6GB dan ROM 128GB.

Lebih menarik, honor 10 bakal hadir di pasaran Malaysia seawal mungkin selepas pelancaran di China menurut Facebook honor Malaysia.

You might also like