
AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan kad perubatan atas talian yang pertama di pasaran tempatan. AXA eMedic menawarkan kad perubatan perlindungan sehingga RM100,000 setahun untuk rakyat Malaysia turutamnya golongan millenial berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun dengan hanya serendah RM37 sebulan.
Kad perubatan AXA eMedic tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan, malahan ia juga boleh dibeli secara atas talian hanya dalam tempoh 5 minit sahaja. Pelanggan juga boleh melanjutkan pelan insurans ini sehingga umur 80 tahun. Jika pelanggan berumur melebihi 39 tahun semasa mendaftar, pihak AXA eMedic juga turut menawarkan pelan insurans sedia ada dengan bantuan agen-agen profesional.
Pembelian kad perubatan AXA eMedic kini boleh dibeli secara online dan pada masa sama membuat tuntutan secara online pada bila-bila masa. Pelan insurans mudah ini boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi AXA eMedic bermula hari ini. Selain itu, seramai 11 juta pelanggan Digi juga boleh membelinya menerusi aplikasi MyDigi. Manakala, produk ini boleh didapati di PolicyStreet bermula pertengahan April 2018 kelak.