
Setelah menawarkan perjalanan pendek di dalam KL dengan harga serendah RM 0.99 pada minggu lepas, kini Uber sekali lagi menawarkan promosi baru!
Promosi kali ini adalah PERCUMA!!! Ada sesiapa yang tidak suka sesuatu yang percuma? Tentunya tidak! Bermula hari ini sehingga 5 Mac 2017, anda boleh menikmati perjalanan percuma bernilai RM100 untuk bersiar-siar di sekitar bandar anda, kecuali Lembah Klang dan Seremban.
Apa yang anda perlu lakukan, hanya gunakan kod promo FREERIDES100 untuk mendapat 25 perjalanan percuma yang bernilai RM4 setiap satu. Ini bermakna sekiranya perjalanan anda melebihi RM4, maka anda perlu membayar bayaran yang selebihnya setelah memotong RM4.
Dengan adanya promosi ini, untunglah kita sebagai pengguna…:)
Terma & syarat:
- Perjalanan bernilai lebih daripada RM4 akan dicajkan ke kaedah pembayaran pilihan anda, sama ada tunai atau kad kredit.
- Sah untuk semua perjalanan di Malaysia kecuali Lembah Klang dan Seremban.
- Promosi ini sah sehingga 5 Mac 2017.
- Kod promo hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.

