
realme Akan Menjadi Jenama Pertama Melancarkan Peranti Snapdragon 720G
Qualcomm telah mengumumkan cip pemproses terbaru mereka iaitu Snapdragon 720G, Snapdragon 662 dan Snapdragon 460. Sehubungan itu, pihak realme telah memberikan kenyataan bahawa mereka akan menjadi jenama terawal dalam memperkenalkan peranti yang menggunkan cip pemproses Snapdragon 720G.
Snapdragon 720G merupakan cipset 8nm baru dengan teras 2x Kryo 465 (ARM Cortex-A76) dan 6x Kryo 465 (ARM Cortex-A55), bersama bekalan GPU Adreno 618. Buat masa ini tidak ada maklumat selanjutnya dari realme, ikuti kami untuk laporan seterusnya.

