Nokia 3 Sertai Kemas Kini Android Oreo Di Malaysia

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai HMD Global telah mengumumkan kemas kini rasmi Android 8.0 Oreo untuk Nokia 3 pada April 2018 yang lepas. Namun begitu, kemas kini akan diterima secara berperingkat oleh pemilik Nokia 3 di seluruh dunia.

Terkini, pengguna Nokia 3 di Malaysia telah boleh memuat turun kemas kini Android Oreo bermula hari ini. Android 8.0 Oreo menawarkan beberapa perubahan, termasuk sokongan Picture-in-Picture (PIP) pada aplikasi terpilih, pemberitahuan notifikasi dalam bentuk dot pada ikon dan beberapa lagi.

Bagi yang menggunakan Nokia 3, tunggu apa lagi, anda boleh menyemak kemas kini ini di ruangan tetapan sekarang!

You might also like