OPPO F7 Menjadi Telefon Pintar Paling Laris Di 3 Telco Berbeza!

OPPO F7 berjaya menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris untuk semua peringkat harga di Digi.

OPPO Malaysia sebelum ini telah melancarkan OPPO F7, sebuah telefon pintar swafoto yang dilengkapi dengan teknologi kecantikan AI 2.0 di Malaysia pada harga RM1,399. Selain boleh dimiliki melalui kedai fizikal dan juga kedai dalam talian, OPPO F7 juga turut ditawarkan secara percuma dengan pelan pascabayar daripada telco tempatan.

Bagi minggu pertama OPPO F7 dijual iaitu dari 21 April hingga 29 April 2018 yang lalu, OPPO F7 telah mendapat permintaan yang sangat positif daripada pengguna di Malaysia apabila ia telah menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris untuk semua peringkat harga di telco Digi.

OPPO F7 turut menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris untuk kategori harga RM1000 hingga RM1500 di Maxis dan Celcom.

Manakala untuk telco Digi dan Celcom pula, OPPO F7 menduduki tangga pertama sebagai telefon pintar paling laris bagi kategori harga RM1,000 sehingga RM1,500. Pencapaian ini sememangnya sangat memberangsangkan, tambahan pula OPPO Malaysia turut berjaya menjual sebanyak 6 unit OPPO F7 bagi setiap minit pada hari pertama jualannya.

You might also like