
Siapa tidak kenal dengan jam tangan dari jenama terkenal keluaran Fossil, dan terbaru Fossil Group telah memperkenalkan beberapa koleksi jam tangan pintar mereka sempena musim bunga 2018. Hadir dengan rekaan moden dan klasik yang elegan, sesuai digayakan oleh golongan lelaki dan juga perempuan. Nak tahu model apa yang diperkenalkan, mari kita lihat….
Millennial Pink
1. Q Venture Touchscreen Smartwatch (FTW6010)
Jam tangan pintar ini masih kelihatan feminin dan bergaya serta boleh disesuaikan dengan citarasa anda. Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang kini bukan lagi masalah. Dengan jam tangan pintar ini, anda boleh membuat panggilan, menerima mesej dan emel di hujung jari sahaja.
2. Kate Spade Metro Touchscreen Smartwatch (KST2003)
Ia adalah sebuah jam tangan pintar dengan sokongan skrin sentuh pertama diperkenalkan pada siri ‘Kate Spade’. Dengan rekaan moden klasik, ia sememangnya sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas tetapi menawan.
3. Smartphone Fosil Q Annette Smartwatch (FTW5023)
Mengekalkan ciri-ciri vintaj, jam tangan pintar hibrid ini masih kekal releven pada zaman moden ini. Ditambah dengan angka ROM, satin dial serta penanda 12.
4. Fossil Q Jacqueline Smartwatch Hybrid (FTW5025)
Jam tangan pintar ini sesuai untuk mereka yang gemar bersenam dengan ciri-ciri utamanya adalah untuk fungsi kecergasan. Ia membantu anda bersenam, minum air dengan secukupnya serta makan makanan seimbang.
Spring Time Skagen
(Untuk Lelaki)
1. Skagen Falster Touchscreen Smartwatch (SKT5001 & SKT5003)


Menampilkan paparan skrin sentuh pertama dari siri Skagen, ia dilengkapi dengan teknologi yang memudahkan pengguna berhubung dengan tersayang hanya melalui jam tangan pintar ini sahaja. Dari segi rekaannya pula, terdapat dua pilihan warna tali kulit bermutu tinggi iaitu hitam dan coklat.
(Untuk Wanita)
1. Smartwatch Mini Skagen Hald Hybrid (SKT1409 & SKT1411)


Mengimbangi jam luaran analog dengan fungsi pintar, ia direka khas untuk golongan wanita yang inginkan kelainan dalam berfesyen. Malah jam tangan ini juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White Dial dan Rose Gold.
Colour Your Spring
1. Diesel On Full Guard Touchscreen Smartwatch (DZT2006)
Dari rekaan jam tangan pintar ini, ia menawarkan rekaan tahan lasak yang menggunakan tali silikon serta sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Dilengkapi fungsi seperti T-ON-I (Waktu, Penganjur, Pemberitahuan, Perisikan), ia juga dapat mengesan setiap langkah pengguna.
2. Michael Kors Sofie Smartwatch (MKT5042)
Selain rekaan serta warna elegan, jam tangan pintar ini ditambah dengan ciri-ciri pintar menarik termasuk kemas kini media sosial untuk fungsi penjejakan kecergasan.
Mettallic Moments
(Untuk Lelaki)
1. Skagen Falster Touchscreen Smartwatch (SKT5000)
Rekaan moden untuk jam tangan pintar dengan paparan skrin sentuh Skagen menawarkan satu warna sahaja iaitu silver serta dilengkapi dengan paparan antara muka yang mudah untuk tujuan navigasi.
2. Armani Exchange Hybrid Smartwatch (AXT1021)
Kini anda tidak akan terlepas sebarang acara penting, hanya miliki jam tangan pintar ini.
3. Fossil Q Explorist Touchscreen Smartwatch (FTW4010)
Sokongan sistem operasi AndroidWear 2.0 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik pada jam tangan pintar ini membolehkan anda membuat pelbagai perkara hanya di hujung jari sahaja.
4. Fossil Q Machine Hybrid Smartwatch (FTW1166)
Warna dan rekaan yang ditonjolkan oleh Fossil Group ini sememangnya sesuai untuk golongan lelaki.
(Untuk Wanita)
1. Emporio Armani Hybrid Smartwatch (ART3019)
Warna jam tangan pintar ini biasanya menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan wanita. Ia sesuai untuk mereka yang gemar bersenam dengan pelbagai ciri-ciri menarik.
2. Skagen Hald Hybrid Mini Smartwatch (SKT1411)
Kecantikan emas mawar yang menampilkan rekaan jam tangan analog dengan keupayaan jam tangan pintar hibrid terkecil, hanya berukuran 34mm.
3. Fossil Q Jacqueline Hybrid Smartwatch (FTW5020)
Merangkumi gaya dan fungsi yang hebat, ia boleh menjejaki pergerakan seperti langkah, kalori dan jarak untuk memastikan anda sentiasa memenuhi matlamat gaya hidup sendiri.
4. Michael Kors Sofie Smartwatch (MKT5040)
Hadir dengan rekaan paparan penuh berwarna Silver dan Rose gold bersama lapisan aksen pavé, jam tangan ini membolehkan anda memilih pelbagai paparan sesuai dengan gaya anda.

