honor Buka Stor Di Lazada – Beri Diskaun Semua Telefon

Honor merupakan sebuah syarikat yang menawarkan telefon pintar kepada pengguna secara atas talian kerana ia jarang dijual di kedai-kedai fizikal. Bagi melebarkan sayap perniagaan pintu-ke-pintu terutamanya di Malaysia, honor hari ini mengumumkan kerjasama dengan platfom e-dagang terbesar Malaysia, Lazada.

Bersempena dengan pembukaan rasmi stor honor di Lazada pada 2 April 2018, peminat yang ingin mendapatkan peranti honor boleh menikmati diskaun sehingga menarik. Peranti honor yang ditawarkan juga antara yang laris di pasaran adalah:

Berdasarkan jadual di atas, nampaknya diskaun pada honor 8 Pro diberikan sehingga RM500, sekaligus harga peranti menjadi serendah RM1,499 sahaja. Untuk peranti lain kebanyakan menerima diskaun RM200, dan untuk peranti terbaru honor 9 Lite, pelanggan akan menerima fon kepala Bluetooth.

Pembaca yang berminat untuk mendapatkan peranti honor pada harga terbaik ini, boleh layari stor rasmi honor di Lazada bermula 2 April 2018.

You might also like