Neffos Bakal Pamer Telefon Pintar Terbaharu Neffos X20 Dan X20 Pro Di MWC2019

Neffos yang merupakan Sub jenama TP-Link bagi telefon pintar bakal mempamerkan telefon pintar keluaran mereka Neffos X20 dan X20 Pro pada Mobile World Congress 2019 (MWC 2019) yang berlangsung Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari.

Buat julung kalinya, mereka juga akan memperlihatkan Neffos X20 dan X20 Pro. Dijangka model ini akan menjengah pasaran pada Jun bersama-sama perisian NFUI 9.0 yang berdasarkan sistem operasi Android 9.0 Pie yang belum dirasmikan lagi. Kedua-dua peranti tersebut disertakan dengan takuk paparan dewdrop.

Neffos X20 akan tersedia dalam warna hitam, biru, merah dan Aurora Purple sementara Neffos X20 Pro akan ditawarkan dengan warna Obsidian Black, Sapphire Blue, Malachite Green dan Sunset Purple.

Kedua-dua peranti ini disertakan dengan paparan skrin 6.26 inci dengan nisbah aspek 19:9. Disertakan sekali dengan 4GB RAM dan storan sehingga 128GB. Turut tersedia kapasiti bateri sebanyak 4100mAh. Dari aspek kamera pula, X20 dan X20 Pro menggunakan kamera 13MP dan 5MP di bahagian belakang.

Dalam pada itu, mereka juga akan mempamerkan beberapa peranti lain. Neffos X9 Disertakan dengan paparan sesentuh FullView yang bersaiz 5.99 inci dan disertakan dengan bezel nipis. Turut disertakan dengan dwi-kamera pada bahagian belakang dengan 13MP dan 5MP sensor yang boleh menghasilkan rakaman potret yang berkualiti.

Dalam pada itu Neffos C9 dan C9A, disertakan dengan paparan HD+ dengan saiz 5.99 inci dan 5.45 inci. Peranti-peranti ini turut disertakan dengan sensor pengecaman cap jari dan pengecaman wajah. Dikuasakan dengan teknologi AI pasti melaksanakan pengecaman wajah dengan lebih tepat.

Bagi mendapatkan maklumat, sila layari laman sesawang Neffos atau ikuti Neffos di Facebook, Instagram dan Twitter.

______________________________

Baca juga:

You might also like