Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) Bakal Dijual Pada Harga Bermula Dari RM970

Buat peminat Tablet keluaran Samsung, Di Denmark Samsung telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) bakal dijual pada harga bermula dari €210 (RM970) sehingga €270 (RM970).

Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) telah diklasifikasikan sebagai kategori mampu milik dan mempunyai spesifikasi pertengahan.

Bagi spesifikasi peranti ini, ia dikuasakan oleh Exynos 7904. Turut didatangkan dengan storan 32GB dan memori 2GB. Dari aspek paparan pula, ia dihadirkan dengan resolusi skrin 1920 x 1200, yang mana ia bukanlah panel Super AMOLED.

Kameranya pula tersedia dengan 8MP dan 5MP terbina dan disertakan dengan 6150mAh. Ia juga turut disertakan dengan Android Pie dan Bixby. Peranti ini tersedia dengan warna hitam, putih dan silver. Dikhabarkan peranti ini akan tersedia di pasaran pada April 2019.

__________________________

Baca juga:

You might also like