
Samsung pastinya akan memastikan nada dering Over The horizon akan diberikan nafas baharu pada setiap tahun. Tahun ini juga tidak terkecuali apabila ia menerima sentuhan magis daripada komposer terkenal Steven Price yang merupakan penerima anugerah Oscar menerusi filem Gravity.
Apa yang menarik, video muzik bagi nada dering ini telah dirakam di Malaysia atau lebih khusus lagi di Pulau Sipadan.
Bertemakan orkestra alam semula jadi, pastinya menarik yang sesuai dengan ulang tahun Galaxy S yang kesepuluh.
Di dalam video muzik tersebut, menyaksikan Ai Futak yang merupakan pemegang rekod menyelam bebas guiness dan seorang seorang jurucakap pemulihan menyelam di persisir pantai Sipadan.
Nada dering ini elah dimainkan oleh London Philharmonic Orchestra yang mana ia telah dirakam di Studio Abbey Road.
________________________________
Baca juga:
- Senheng Membuka Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S10
- Perjalanan Inovasi Telefon Pintar Samsung
- [ Tertiris Lagi ] Hands-On Samsung Galaxy S10+!
- Spesifikasi Lengkap Siri Samsung Galaxy S10 Tertiris!

