
Spesifikasi Lengkap Siri Samsung Galaxy S10 Tertiris!
Seluruh dunia akan menyambut pelancaran besar-besaran siri Samsung Galaxy S10 pada 21hb Februari (waktu tempatan) nanti, walaupun terdapat banyak spesifikasi tertiris di laman sesawang tetapi hari ini spesifikasi paling lengkap boleh dikatakan penuh telah terdedah dari GSMArena.
[ Lebih Sempurna?! Samsung Galaxy A90 Bakal Tampil Dengan Rekaan Pop Up Kamera?! ]
Dalam spesifikasi yang tertiris tersebut, siri Galaxy S10 hadir dalam tiga versi, masing-masing adalah S10, S10+ dan S10e. Samsung Galaxy S10+ atau dengan nama kod Beyond 2 ini hadir dengan paparan skrin 6.3 inci QHD+ Dynamic AMOLED Infinity O, kamera utama dilengkapi tri kamera 12MP + 12MP + 16MP (f/2.4 + f/1.5 + f/2.2) serta dwi kamera hadapan 10MP + 8MP. S10+ juga menyokong pengimbas cap jari dalam skrin, kapasiti bateri sebesar 4,100mAh.
Bagi versi Galaxy S10 (Beyond 1) pula, ia mempunyai paparan skrin dan kamera utama yang sama seperti S10+. Apa yang membezakan adalah saiz skrin S10 lebih kecil iaitu 6.1 inci, manakala kamera hadapan hanya 10MP dan bateri berkapasiti 3,400mAh.
Akhir sekali adalah versi Galaxy S10e (Beyond 0), peranti ini merupakan model asas dalam siri Galaxy S10. Ia dilengkapi dengan paparan skrin 5.8 inci QHD+ Dynamic AMOLED Infinity “O”, kamera utama hanya mempunyai gabungan lensa 12MP + 16MP (f/1.5 + f/2.2), serta kamera hadapan 10MP (f/1.9) dan bateri sebesar 3,100mAh.
Melalui spesifikasi yang tertiris, siri Galaxy S10 ini hadir dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan ROM sehingga 1TB. Teknologi pengecasan pantas tanpa wayar juga akan hadir bersama, masih tidak diketahui adakah pemproses Qualcomm Snapdragon 855 atau Exynos 9820 dijanakan.
[ Samsung Siri Galaxy M Rasmi – Rekaan Moden Bersama Skrin Takuk, Khusus Untuk Pengguna Muda ]
Pilihan warna kali ini terdiri daripada Prism White, Prism Green dan Prism Black, terdapat warna eksklusif seperti Luxurious Ceramic White dan Luxurious Ceramic Black disediakan khas versi Galaxy S10+. Lebih menarik, warna Canary Yellow yang lebih ceria dipadankan pada versi asas Galaxy S10e.

