Data Tanpa Had di Umobile bermula pada RM38!

U Mobile tidak mengalah dengan pesaing dari telco lain dengan memperkenalkan pelan pascabayar Hero P38. Pelan ini telah dikemaskini bermula hari ini dengan memberikan data Internet tanpa had ke laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter, panggilan ke semua rangkaian, streaming muzik dan penggunaan Waze.

Pelan Hero P38

Dengan komitmen bulanan serendah RM38, anda mendapat kuota Internet sebanyak 4GB dengan rangkaian pantas 4G. Bukan itu sahaja, pelan Hero P48 juga disertakan dengan kesemua manfaat seperti Hero P38 tadi dengan tambahan data streaming video sebanyak 5GB.

Pelan Hero P48

Usaha telco U Mobile nampaknya ingin menggalakkan pengguna prabayar beralih ke pascabayar dengan memberikan pelan yang terbaik dan harga berpatutan dengan kehendak pengguna di Malaysia.

You might also like