
Kemas Kini Terbaru Samsung Galaxy S8/S8+, Selesaikan Masalah Sambungan Bluetooth
Samsung telah mula mengeluarkan kemas kini terbaru mereka untuk peranti Samsung Galaxy S8/S8+ bermula di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengatasi masalah sambungan Bluetooth.
Kemas kini ini mengatasi isu peranti daripada reboot semasa mengawal pemain muzik melalui speaker tanpa wayar. Dalam masa yang sama, kemas kini ini dapat mengatasi sebilangan isu pada kad microSD seiring dengan kemas kini yang dikeluarkan oleh Android pada awal bulan Mei sebelum ini. Negara India telah mendapat kemas kini Android ini tetapi masalah sambungan masih lagi berlarutan.