Lenovo’s Carnival Weekend, Anda Berpeluang Menebus Hadiah Percuma dan Rebat Sehingga RM420!

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar baru, anda boleh kunjungi mana-mana penjual sah Lenovo bermula pada 29 April hingga 1 Mei yang lepas, dan 6 Mei hingga 7 Mei 2017 serta dapatkan hadiah percuma dan rebat sehingga RM420.

Peranti model Lenovo K6, Lenovo K6 Note dan A6600 Plus amat sesuai kepada kaki hiburan dengan kehadiran speaker audio stereo. Pelanggan yang membeli Lenovo K6 dan Lenovo K6 Note akan mendapat casing fon, pelindung skrin, dan bluetooth speaker secara percuma bernilai RM149. Manakala, pembelian model A6600 Plus pula akan menerima casing fon, pelindung skrin dan bekas makanan bernilai RM79.

Moto M

Selain itu, pembelian model Moto M juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana anda akan menerima casing fon, pelindung skrin, dan bluetooth speaker bernilai RM149. Untuk pembelian Moto Z dan Moto Z Play pula anda boleh membeli Moto mods pada harga yang istimewa.

Akhir sekali jika hanya Moto Mods hanya pilihan untuk anda beli, anda akan mendapat Moto Mods kedua pada harga bermula daripada RM299.

Jadi jangan melepaskan peluang keemasan ini!

You might also like