Dapatkan Samsung Galaxy S8 dan S8+ Dengan Tawaran Istimewa

Jika anda berminat untuk mendapatkan peranti terbaru dari Samsung ini, anda boleh mendapatkannya di Roadshow yang diadakan di Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay Mall (Penang) dan Sutera Mall (Johor Bahru) serta kesemua 76 cawangan Samsung Experience Store bermula pada 5 Mei sehingga 7 Mei 2017 iaitu berlangsung selama 3 hari.

Dengan adanya program ini, para pembeli boleh mendapatkan peranti terbaru Samsung Galaxy S8 dan S8+ dengan kit permulaan Edisi Terhad yang mengandungi sarung peranti berwarna jernih, pelindung skrin, kabel USB Type-C dan juga dok pengecas tanpa wayar. Tambahan lagi, anda juga akan diberikan sebuah powerbank berkapasiti 5100mAh.

Selain dari itu, para pembeli akan ditawarkan pembelian dengan pembelian (PWP) iaitu Gear VR bersama alat kawalan (bernilai RM499) dan Gear 360 terbaru (bernilai RM999) dengan potongan harga sebanyak 50% dengan setiap pembelian Samsung Galaxy S8 ataupun S8+!

Pihak Samsung juga menerima peranti lama anda dalam kempen Trade-Up untuk masa yang terhad. Apa yang perlu anda buat ialah kunjungi Samsung Experience Store seluruh negara, lokasi Roadshow atau pengedar sah dan terima rebat istimewa untuk pembelian Samsung Galaxy S8 dan S8+.

 

You might also like