Olike Malaysia Nak Bawa Masuk Jam Pintar Hey 3S Dan XH3 Hujung Bulan Ini

Olike merupakan sebuah syarikat dan pengeluar bagi peralatan elektronik dan aksesori. Menjadi rakan niaga kepada OPPO, setiap produk direka dengan begitu bijak dan inovatif sehinggakan Olike menjadi salah satu organisasi yang meneraju dunia aksesori telefon pintar.

Jika sebelum ini, anda lebih kenal Olike dengan produk seperti powerbank, set kepala Bluetooth, fon telinga, speaker dan sarung peranti. Kini, mereka akan hadir dengan sebuah jam tangan pintar. Dua nama telah diberi, sebuah Hey 3S dan sebuah lagi XH3.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan, namun Olike hanya memberitahu jam pintar ini mampu membaca degupan jantung pemakainya bersama fungsi dan ciri senaman. Olike Hey 3S dan XH3 akan diperkenalkan di pasaran tempatan pada 28 Ogos depan. Layari Facebook Olike Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

You might also like