- Iklan -

ASUS VivoBook 14 Kini Diperkenalkan – Dikuasakan Oleh Pemproses Intel 10th Gen & Grafik NVIDIA GeForce MX330!!!

ASUS telah mengumumkan Vivobook 14 (A413) yang dikuasakan oleh pemproses 10th Gen Intel Core i5 dan juga grafik NVIDIA GeForce MX330. Tampil dengan saiz 14”, menjadikan computer riba ini yang paling kecil dan hebat.

Dengan paparan NanoEdge tiga sisi memberikan nisbah skrin ke badan 84% dan juga paparan ini memberikan sudut tontonan yang lebah dan warna yang luar biasa untuk visual yang lebih jelas.

Reka bentuk yang gagah dan ekspresif

 ASUS VIVOBOOK 14 (A1413) mempunyai rekaan yang menarik sejejar dengan spesifikasinya yang hebat. Didatangkan dengan tiga warna iaitu Dreamy White, Cobalt Blue dan Bespoke Black. Warna kuning pada kekunci Enter menghasilkan kemasan yang menarik sesuai dengan Gen Z.

Prestasi Yang Hebat

ASUS VIivoBook 14 (A413) dilengkapi dengan pemproses 10th Gen Intel Core i5 dan grafik NVIDIA GeForce MX330. Kapasiti besar 512GB M.2 NVMe PCle 3.0 SSD memastikan ruang data yang lebih besar dan pantas.

VivoBook 14 (A413) juga didatangkan dengan Intel WiFi 6 mampun menghantar data dengan lebih laju, 3X laju dari WiFi 5, 4X kapasiti rangkaian dan latensi 75% lebih rendah.

Paparan NanoEdge tiga sisi mempunyai bezel atas dan sisi nipis 5,7 mm, memberikan 84% nisbah skrin ke badan untuk tontonan yang lebih mendalam.

Komputer riba yang mudah alih!

ASUS VivoBook hanya berukuran 14” menjadikan computer riba ini sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja, semsuai dengan dunia masa kini. Berat computer riba ini hanya 1.4kg dan sangat nipis, berukuran 19.9mm.

Meningkatkan pengalaman Pengguna

Pengguna boleh menghubungkan VivoBook mereka  dengan peranti mudah alih dengan sangat mudah dan cepat menggunakan ciri Link to MyASUS. Papan kekunci yang menyala menjadikan penggunaan dalam keadaan gelap lebih mudah. Terdapat juga USB 3.2 Gen 1 Type-C (USB-C) ,USB 3.2 Gen 1, USB 2.0 ports, HDMI output dan juga pembaca kad microSD

You might also like