Huawei Melancarkan Mate 8 Dalam Acara Yang Megah

h1Tanggal 8 Mac menyaksikan Huawei menganjurkan acara penuh gilang gemilang bertempat di KL Convention Centre Conference Hall. Seawal pukul 1 para media dan rakan niaga dari dalam dan luar negara sudah memenuhi ruang legar acara. Dua jam kemudian jemputan di bawa masuk ke dalam dewan untuk memulakan acara tersebut.

En Luke Au (Product Marketing Director, Consumer Business Group, South Pacific Region) membuka acara dengan menampilkan Mate 8, model smartphone terbaru dari Huawei. Beliau menekankan bahawa Mate 8 dibina bagi meningkatkan daya produktiviti individu dan kumpulan sasaran model tersebut adalah golongan profesional yang mementingkan fungsi dan kepantasan peranti bekerja. Untuk membuktikkan kenyataan tersebut, Huawei telah menjemput beberapa usahawan berjaya untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan peranti tersebut. Rata-rata ulasan yang disampaikan memuji kebolehan Mate 8 dalam melakukan kerja dengan pantas, namun apa yang paling mengagumkan adalah kuasa baterinya.

Huawei Mate 8 Premium Version RM 2,399
Huawei Mate 8 Premium Version RM 2,399
Huawei Mate 8 Standard Version RM 2,099
Huawei Mate 8 Standard Version RM 2,099

Mate 8 dikuasakan bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh bertahan selama dua hari pada kadar penggunaan normal. Ciri itu sahaja sudah cukup untuk menarik minat golongan profesional yang memerlukan peranti mereka sentiasa bersedia untuk digunakan. Namun bukan itu sahaja yang menarik tentang spesifikasi kuasa Mate 8, model ini juga dilengkapi quick charging technology yang membolehkan anda menggunakan peranti sepanjang hari dengan hanya mengecas selama 30 minit.

Selain Mate 8, Huawei juga mengumumkan beberapa peranti terbaru seperti MediaPad M2 10.0, Huawei Watch Jewel & Elegant dan Nexus 6P Gold Edition. Anda boleh mendapatkan Huawei Mate 8 melalui stor pengedar sah dan syarikat telco mulai 11 Mac. Selain itu jika anda ingin mendapatkannya secara atas talian, jualan bermula pada 8 Mac dan anda boleh melayari www.vmall.my atau www.lazada.com.my . Tarikh jualan Nexus 6P Gold Edition, MediaPad M2 10.0 dan Huawei Watch Jewel & Elegant akan diumumkan kelak.

Huawei Watch Jewel & Elegant (harga akan diumumkan kelak)
Huawei Watch Jewel & Elegant (harga akan diumumkan kelak)
MediaPad M2 10.0 (harga akan diumumkan kelak)
MediaPad M2 10.0 (harga akan diumumkan kelak)
You might also like