
Lean – Clean up your Live Photos
Pengguna iPhone tentunya tahu Apple telah memperkenalkan satu fungsi baru yang dinamakan Live Photos pada iOS 9 sebelum ini, fungsi ini membolehkan anda merakam gambar dalam bentuk video hanya beberapa saat. Walaupun mendapat sambutan hebat daripada penggunanya, namum masih ada yang memandang serius terhadapnya kerana dengan ruangan storan yang terhad terutamanya peranti berkapasiti 16GB sememangnya akan membawa masalah pada masa kelak. Oleh itu, hadirnya sebuah aplikasi khas, Lean – Clean up your Live Photos, di mana ia memudahkan anda mengubah Live Photos kepada gambar biasa, serta menjimatkan ruangan storan dengan membuang Live Photos setelah anda menukarnya menjadi gambar biasa.
Muat Turun:
iOS
•USD 1.99 (RM 8.15)
•2.0 MB
•iOS 9.0 dan ke atas