
Klip Video “Despacito” Kini Paling Polular Di Youtube – Lebih 3 Bilion Tontonan
Youtube adalah saluran yang paling ramai digunakan oleh pengguna telefon dan televisyen pintar. Jika sebelum ini takhta dipegang oleh klip video “Gangnam Style” selama beberapa tahun, muncul pula lagu “See You Again”, dan kini ia dirampas oleh “Despacito” dari Mexico.
Sementara artikel ini ditulis, jumlah tontonan sudah melebihi 3 billion dan ia dijangka akan terus meningkat saban hari. Lagu “Gangnam Style” dari Korea yang telah dimuat naik pada tahun 2012 mengambil masa beberapa tahun untuk menjangkau angka 2 billion tetapi apa yang berlaku pada lagu “Desapcito” ia mencatatkan rekod yang pantas hanya 7 bulan selepas dimuat naik.
Memandangkan dunia teknologi kini semakin berkembang maju dan akses internet yang lebih meluas, angka ini tidak memeranjatkan malah pada masa kelak mungkin ada klip video lain yang akan memintasnya.