
Perkhidmatan perayauan Internet sebenarnya amat perlu dipertingkatkan lagi, jadi baru-baru ini Digi telah hadir dengan Digi RoamBorder untuk pelanggan pascabayar supaya mereka boleh kekal berhubung ketika berada di Singapura tanpa sebarang masalah.
Menurut Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Digi RoamBorder lebih sesuai kepada mereka yang bekerja di Singapura dan menetap di Malaysia, di mana mereka boleh kekal berhubung tanpa memerlukan SIM tambahan atau kos yang tinggi.
Digi RoamBorder menawarkan langganan bulanan serendah RM30, berserta dengan 5GB data tambahan dan 60 minit panggilan suara ke Malaysia atau Singapura. Yang berminat, bolehlah menyemak maklumat selanjutnya di laman rasmi Digi.

