
Apa?! Bixby Tidak Dilancarkan Bersama Samsung Galaxy S8?!
Pembantu kawalan maya Bixby tidak akan dilancarkan bersama Samsung Galaxy S8 di pasaran Amerika Syarikat! Bixby tidak akan hadir bersama produk flagship terbaru Samsung disebabkan isu bahasa dalam kawalan suara semasa menggunakan fungsi ini. Namun, fungsi Vision (mengenalpasti gambar yang diambil), fungsi Home (paparan seperti Google Now) dan fungsi Reminder sahaja yang boleh digunakan pada hari pertama dilancarkan.
Menurut Bixby, ia hanya menyokong bahasa Inggeris dan Korea sahaja, namun bahasa seperti Jerman akan wujud pada suku ketiga tahun ini. Walaupun Bixby tidak beroperasi sepenuhnya, para pengguna boleh sahaja menggunakan Google Assistant yang berfungsi sebagai pembantu maya. Perkara ini juga mengecewakan peminat Samsung Galaxy S8 yang tertunggu-tunggu fungsi baru dari Samsung ini.