
LeEco Le Pro 3 Edisi AI Dilancarkan – Bukan Le Max 3
LeEco telah melancarkan produk baru di pasaran China semalam 11 April 2017. Jika sebelum ini khabar angin mengatakan model ini diberi nama Le Max 3, kesahihan berita itu adalah tidak benar sama sekali kerana nama rasmi ia adalah LeEco Le Pro 3 edisi AI.
Telefon pintar tersebut dipersembahkan dengan dua kamera berkembar di bahagian struktur panel belakang, bukan itu sahaja, pihak pengeluar telah mengeluarkan dua varian iaitu standard dan ‘Eco’.
Pasti ada perbezaan antara kedua-dua varian ini, bermula dengan varian standard yang mempunyai paparan sentuh sebesar 5.5 inci 1080p HD penuh. Bahagian belakang tidak kurang hebat dengan dwi-kamera 13MP + 13MP, setiap satu dengan fungsi berlainan iaitu monochrome dan warna dengan aperture f/2.0. Sensor PDAF (fasa pengesanan fokus automatik) hadir bersama dwi-LED Flash, rakaman video juga menyokong dalam bentuk 4K 30fps.
Fungsi dwi-kamera selebihnya adalah rakaman gerak perlahan dalam format 720p, kamera depan pula hanya 8MP dengan aperture sebesar F/2.2, luas pandangan yang boleh dirakam oleh kamera depan ini sebanyak 76.5 darjah.
Dikuasakan oleh chipset MediaTek Helio X23, jumlah RAM sebanyak 4GB dan storan 32GB bukan menjadi masalah kepada bateri 4000mAh untuk menghidupkan peranti ini. Dioperasikan oleh ekosistem Android 6.0 Marshmallow dan paparan antaramuka EUI memudahkan pengguna berjinak dengan LeEco Le Pro 3 ini.
Oleh yang demikian, pada varian ‘Eco’ ada sedikit penambahbaikan daripada segi spesifikasi seperti naiktaraf cip pemprosesan kepada MediaTek Helio X27, dan ruangan storan dipertingkatkan daripada 32GB kepada 64GB. Fungsi lain yang ada pada LeEco Le Pro 3 Edisi AI ini dikenali sebagai LeLe, sebuah pembantu maya seakan-akan Siri di Apple dan Bixby di Samsung.
Harga untuk varian standard adalah RMB1,799 (kira-kira RM1,157), manakala varian ‘Eco’ adalah RMB2,399 (kira-kira RM1,543).