M.U.L.A Alternatif Untuk GrabCar & MyCar!

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai aplikasi perkhidmatan pengangkutan MyCar yang dikatakan bakal menjadi pencabar kepada GrabCar selepas mengambil alih Uber.

Terbaru, muncul sebuah lagi aplikasi yang seakan sama dikenali sebagai M.U.L.A. Sebenarnya aplikasi ini sudah lama beroperasi, tetapi sebelum ini ia hanya beroperasi di Penang dan hampir 5 bulan beroperasi di Lembah Klang.

Terdapat butang SOS jika berlaku sebarang kecemasan

Aplikasi ini dikatakan mirip seperti Uber kerana ia menawarkan kadar tambang mengikut anggaran masa yang diambil. Jika berlaku kesesakan jalan raya, harga mungkin lebih mahal dari yang dipaparkan pada aplikasi di telefon pintar anda. Namun begitu, jika anda sampai lebih awal dari anggaran masa yang ditunjukkan, harganya akan menjadi lebih murah.

Terdapat tiga kategori kereta yang boleh dipilih seperti MULA CAR, MULA CAR Premium dan juga MULA CAR MPV 10s. Bagi memastikan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kereta, pengguna juga boleh membuat pra-tempahan terlebih dahulu.

Berbeza dengan aplikasi perkhidmatan pengangkutan yang ada, dengan M.U.L.A anda boleh menghantar barang ke mana sahaja. Tetapi buat masa sekarang ruangan ini sedang dikemaskini.

Kadar tambang yang dikenakan oleh M.U.L.A

Nak cuba, boleh muat turun aplikasi M.U.L.A sekarang!

You might also like