
ASUS Malaysia hari ini mengumumkan sebuah produk terbaharu untuk pasaran laptop Malaysia dengan memperkenalkan ASUS ZenBook 13 (UX331UN). Laptop ini dibina dengan ciri-ciri tahan lasak yang diiktiraf mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810G, sangat sesuai kepada pengguna yang aktif dan lasak.
ZenBook 13 (UX331UN) mudah dibawa ke mana-mana kerana berat keseluruhan badan hanya 1.12kg, selain ketebalan hanya senipis 13.9mm. Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-8 yang diperkasakan bersama RAM 8GB di samping storan 512GB PCIE SDD yang menyokong permainan bergrafik tinggi.
ZenBook 13 (UX331UN) menyediakan sistem audio berkualiti tinggi melalui speaker stereo Harman Kardon dan skrin NanoEdge bezel-nipis. Bateri yang menjana laptop ini pula dibekalkan dengan bateri jenis Li-Po 50Wh yang mampu memberikan kuasa sehingga 15 jam. Sementara itu, teknologi pengecasan pantas hanya mengambil tempoh masa 49 minit untuk bateri naik kepada 60 peratus.
ASUS ZenBook 13 (UX331UN) dijual di pasaran Malaysia pada harga bermula RM4,099 hingga RM5,599 seunit bergantung kepada spesifikasi.
Spesifikasi ASUS ZenBook 13 (UX331UN)
- CPU: 8th Gen Intel Core i7-8550 – RM 5,599
- CPU: 8th Gen Intel Core i5-8250 – RM 4,099
- Skrin: 13.3” 4K UHD Nano Edge paparan sudut lebar
- OS: Windows 10 Home
- GPU: NVIDIA® GeForce® MX150
- RAM: sehingga 8GB LPDDR3 2133MHz
- ROM: sehingga 512GB PCIE SSD / sehingga 256GB M.2 SATA 3 SSD
- Sambungan: Bluetooth v4.2, Dual-band WiFi 802.11ac
- Kamera Web: VGA
- I/O: 1x USB-C, 2x USB 3.1, 1x HDMI, 1x pembaca kad mikroSD
- Audio: Stereo Harman Kardon
- Bateri: Li-Po 50Wh
- Dimensi: 310 x 216 x 13.9mm
- Berat: 1.12kg
- Warna: Biru
Spesifikasi ASUS ZenBook 13 (UX331UAL)
- CPU: 8th Gen Intel® Core™ i7-8550 – RM 8,399
- CPU: 8th Gen Intel® Core™ i5-8250 – RM 3,799
- Skrin: 13.3” FHD Nano Edge paparan sudut lebar
- OS: Windows 10 Home
- GPU: Intel® UHD 620
- RAM: sehingga 8GB/16GB LPDDR3 2133MHz
- ROM: sehingga 1TB NVME PCIE SSD / sehingga 256GB M.2 SATA 3 SSD
- Sambungan: Bluetooth v4.2, Dual-band WiFi 802.11ac
- Kamera Web: VGA
- I/O: 1x USB-C, 2x USB 3.1, 1x HDMI, 1x pembaca kad mikroSD
- Audio: Stereo Harman Kardon
- Bateri: Li-Po 50Wh
- Dimensi: 310 x 216 x 13.9mm-thin
- Berat: 985g
- Warna: Biru, Ros Emas