
Huawei Enjoy 7 Plus Akan Dilancarkan Pada 28 April Ini
Pada awal bulan lalu, Huawei Enjoy 7 Plus telah diperkenalkan dan ia dikatakan akan mula dijual di pasaran China pada penghujung bulan ini. Peranti ini hadir dalam dua varian berbeza iaitu 3GB RAM dengan storan 32GB dan juga 4GB RAM beserta storan sebesar 64GB. Kedua-dua varian ini dijual pada harga masing-masing CNY1,499 (kira-kira RM950) dan CNY1,699 (kira-kira RM1,077).

Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama iaitu menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 435, lapan teras Cortex-A53 dengan kelajuan 1.4GHz, dan juga cip grafik Adreno 505. Ia juga menyokong paparan skrin 2.5D sebesar 5.5 inci beresolusi 720p, kamera utama 12 Megapiksel, kamera depan 8 Megapiksel, pengesan cap jari di bahagian belakang, dan bateri sebesar 4000mAh. Pelbagai warna akan diperkenalkan termasuklah hitam, biru, emas, kelabu, perak dan merah jambu.
Namun buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi sama ada model ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak. Jadi apa kata kita sama-sama nantikan kemunculan model ini…