Xiaomi Mi MIX, Masa Depan Semakin Hampir

mi-mix_04Tidak lama dahulu kita pernah melihat lakaran peranti konsep yang menampilkan skrin tanpa bezel, salah satunya adalah gambaran peranti iPhone akan datang. Kami rasa semua pengguna pasti mengimpikan peranti seumpama itu berada di pasaran ketika ini kerana memang kami akui bahawa reka bentuk peranti dengan skrin penuh adalah sangat cool. Sebenarnya peranti tersebut sudah pun hadir, ia dihasilkan oleh Xiaomi dan baru sahaja dipersembahkan baru-baru ini bersama Mi Note 2.

mi-mix_05Memperkenalkan Mi MIX, peranti dengan skrin tanpa bingkai (sangat minimal) bersaiz 6.4 inci. Hampir keseluruhan panel hadapan peranti ini didedikasikan khas buat paparan beresolusi 2040 X 1080 piksel, sehinggakan kamera selfie Mi MIX diletakkan di bahagian bawah skrin.

Bukan sahaja konsep reka bentuk yang menarik, malah Mi MIX juga hadir dengan spesifikasi yang mengagumkan. Ia dikuasakan Qualcomm Snapdragon 821, RAM 4GB/6GB, ruangan stor dalaman 128GB/256GB dan bateri berkapasiti 4,400 mAh, hebat kan?! Ada lagi, lensa kamera 16 megapiksel menjadi tarikan optikal dan fungsi pengesan cap jari disertakan setanding dengan peranti-peranti lain di pasaran.

mi-mix_03Fuhh, memang menggoda peranti ini, tapi Xiaomi setakat ini tiada kata putus lagi sama ada peranti ini akan dijual di Malaysia. Kami akan berikan perkembangan semasa berkenaan peranti ini sekiranya ia dibawa masuk ke pasaran tempatan.

HARGA

4GB + 128GB: CNY 3499 (kira-kira RM 2147.34)
6GB + 256GB: CNY 3999 (kira-kira RM 2454.19)

 

You might also like