Reviu Eksklusif: OnePlus 3, Flagship Killer Yang Matang!

oneplus-3RM 1,888

Jangan silap, Flagship Killer merupakan slogan yang digunakan untuk model OnePlus 2, namun ia tidak berapa cemerlang dalam memenuhi kehendak pengguna. Tahun ini, OnePlus 3 pula muncul dengan cogan kata “Never Settle”, namun pada pendapat editor, OnePlus 3 merupakan Flagship Killer yang sebenar!

SPESIFIKASI

OnePlus mempunyai reputasi yang disegani apabila menyentuh soal spesifikasi. Syarikat yang diasaskan anak muda bernama Carl Pei itu sudah dua kali membuktikan bahawa mereka mampu menawarkan smartphone berspesifikasi tinggi pada harga jauh lebih rendah dari pesaing. Sehingga kini mereka telah pun menghasilkan OnePlus One, OnePlus 2, OnePlus X dan yang terkini adalah OnePlus 3. Ulasan editor dimulakan dengan melihat spesifikasi OnePlus 3.

spesifikasiDua spesifikasi utama yang kerap kali ditekankan pengguna ketika memilih peranti adalah cip pemproses dan juga kapasiti RAM. Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan peranti berfungsi dengan pantas dan sempurna. OnePlus 3 dilengkapi antara cip pemproses terbaik di pasaran (Qualcomm Snapdragon 820) dan kapasiti RAM terbaik ketika ini sebanyak 6GB, jadi tidak hairanlah ramai pengguna di luar tergila-gilakan peranti ini.

 

 

Dimensi & Berat 152.7×74.7×7.35mm / 158g
Bahan Binaan Anodized Aluminium
Pilihan Warna Soft Gold & Graphite
Sistem Operasi Android 6.0.1 Marshmallow (OxygenOS)
Rangkaian WCDMA: Bands 1/2/5/8
FDD-LTE: Bands 1/3/5/7/8/20
TDD-LTE: Bands 38/40
Pemproses CPU Qualcomm Snapdragon 820
Quad Core, Kryo: 2x 2.2 GHz, 2x 1.6 GHz
GPU Adreno™ 530
Memori RAM 6GB LPDDR4
ROM 64GB UFS 2.0
Paparan Optic AMOLED 5.5 inci
1920 x 1080 pixels
Corning Gorilla Glass 4
Kamera Utama Sony IMX 298 Sensor
16 Megapiksel
1.2 µm
Hadapan Sony IMX179
8 Mepapiksel
1.4 µm
Sambungan USB 2.0 Type-C
Slot Dwi nano-SIM
3.5 mm audio jack
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 4.2
NFC
Bateri 3,000mAh

 

ELEGAN TANPA KOMPROMI

2-2
Sisi panel belakang melengkung

Perkara pertama yang menarik perhatian sebaik sahaja memegang OnePlus 3 adalah kenipisan peranti ini. Untuk pengetahuan anda sebelum menggunakan OnePlus 3, editor menggunakan iPhone 6S dan editor dapat merasakan perbezaan yang ketara di antara kedua-dua peranti. Lengkungan pada bahagian tepi OnePlus 3 membuatkan peranti ini terasa lebih nipis dan selesa ketika digenggam.

 

 

 

 

 

2-5Bahan binaan besi jelas menunjukkan hala tuju OnePlus dari segi estetik peranti, OnePlus 3 berjaya memberikan premium feeling kepada reka bentuknya. Binaan keseluruhan peranti sangat solid, namun kemasan bahagian belakang agak licin dan membuatkan editor berasa sedikit risau ketika menggunakan peranti ini, kerap kali peranti dirasakan seperti mahu tergelincir dari genggaman. Editor menyarankan anda mendapatkan sekali casing apabila anda membeli peranti ini kelak. Buat masa kini, agak sukar untuk mendapatkan casing untuk OnePlus 3, editor terpaksa melakukan tempahan dari negara luar kerana casing OnePlus 3 sukar didapatkan dan pilihannya amat terhad.

 

2-4Walaupun mempunyai rekaan yang premium dan elegan, masih terdapat beberapa kekurangan yang editor rasakan ada pada peranti ini. Yang pertama adalah kamera yang tertimbul dari bahagian panel belakang peranti. Editor pasti ramai pengguna lebih gemarkan peranti yang mempunyai lensa kamera belakang yang sama rata dengan bahagian badan.

2-6
Lensa kamera timbul dari bahagian panel belakang.

Kekurangan kedua adalah ada posisi speaker di bahagian sisi bawah. Kerap kali apabila menonton video YouTube, dengan tidak sengaja editor tertutup lubang speaker. Masalah tersebut lebih teruk lagi ketika bermain permainan di dalam mod paparan lanskap. Untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku, editor menggunakan speaker Bluetooth ketika menonton dan bermain OnePlus 3.

2-3
Speaker, port sambungan Type-C dan audio jack berada di bahagian sisi bawah peranti.

 

PAPARAN

3Kebanyakan pengguna sekarang sangat menggemari paparan AMOLED, antara sebab paparan ini digemari adalah talaan warna yang baik, hitam tulen dan juga penjimatan kuasa. Jika anda juga salah seorang peminat AMOLED, anda pasti tidak kecewa dengan OnePlus 3 kerana ia hadir dengan skrin Optic AMOLED 5.5 inci Full HD 1080p. Ya, tiada paparan beresolusi 2K pada OnePlus 3, namun ini bertujuan untuk meminimakan penggunaan kuasa bateri. Jika anda sudah biasa menggunakan peranti paparan 2K, anda mungkin akan merasakan sedikit perbezaan, namun kebanyakan orang tidak dapat membezakan paparan smartphone dengan resolusi 2K dan Full HD.

Anda pasti tertanya-tanya apakah maksud Optic pada spesifikasi paparan OnePlus 3. Optic hanyalah terma rujukan yang bermaksud skrin AMOLED tersebut telah ditala dan dimodifikasi oleh para jurutera OnePlus. Namun anda tidak perlu risau kerana paparan yang telah ditala masih lagi sangat baik dan tiada masalah walaupun ada beberapa isu yang timbul memperkatakan bahawa terdapat masalah warna pada skrin OnePlus 3, namun sepanjang editor menggunakan peranti ini, tiada isu paparan yang timbul.

3-1

Selain itu, OnePlus juga memberikan akses kepada pemilik peranti sekiranya 
mahu menala sendiri tona dan suhu paparan skrin. Anda boleh masuk ke
Settings > About Phone > Build Number dan tap 7 kali sehingga Developer 
Options diaktifkan. Kemudian pergi ke menu Developer Options dan cuba 
aktifkan mod sRGB.

Night Mode adalah salah satu features yang ditawarkan bersama-sama OnePlus 3. Apabila diaktifkan ia akan menukar warna paparan menjadi kejinggaan, sekaligus menapis cahaya biru yang mempunyai kesan tidak baik kepada pengguna. Cahaya biru akan mengganggu rembesan kimia yang diperlukan untuk otak kita berehat dan bersedia untuk tidur. Oleh itu aktifkan mod ini pada waktu malam agar anda senang tidur dan berehat.

Selain itu anda juga boleh pergi ke Settings > 
Display dan tala Colour Balance mengikut 
citarasa anda.

 

PENGESAN CAP JARI

4-1Pengesan cap jari OnePlus 3 terletak di bahagian panel depan, ia diperbuat dari seramik yang mempunyai kadar tahan 8.5 Mohs, jadi anda tidak perlu risau kerana ia sangat sukar untuk calar dan rosak. Berbeza dari peranti flagship lain, OnePlus memilih untuk menjadikan pengesan cap jari mereka fully capacitive, ini bermakna anda tidak perlu menekan sensor untuk mengaktifkan fungsi pengesanan. Letakkan sahaja jari anda pada bahagian pengesan dan dengan sepantas kilat peranti akan aktif.

4-2Sebelum ini editor menggunakan iPhone 6S yang juga dilengkapi pengesan cap jari dan editor dapat merasakan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Pengesan cap jari pada OnePlus 3 lebih pantas dan cekap berbanding pengesan cap jari pada iPhone 6S, OnePlus 3 hanya memerlukan 0.2 saat untuk mengaktifkan peranti walaupun dari keadaan skrin tidak aktif.

Ada sesetengah orang mengatakan bahawa pengesan cap jari iPhone 6S terasa lambat kerana animasi lockscreennya, namun seorang YouTuber telah melakukan eksperimen untuk menyiasat adakah benar dakwaan tersebut, beliau menjalankan ujian dengan pelbagai kondisi, antaranya menutup fungsi animasi pada kedua-dua peranti dan ternyata OnePlus 3 sememangnya lebih pantas dari iPhone 6S.

 

Video eksperimen pengesan cap jari OnePlus 3 vs iPhone 6S

ALERT SLIDER

Salah satu fungsi yang amat diminati editor pada iPhone adalah butang fizikal ring/silent yang terletak pada bahagian sisi peranti. OnePlus 2 merupakan peranti pertama dari OnePlus yang mempunyai fungsi yang serupa dengan butang tersebut, ia dikenali sebagai Alert Slider. Jadi apabila OnePlus memutuskan untuk terus menggunakan fungsi ini adalah berita baik buat pengguna.

Anda mempunyai 3 tetapan yang boleh dipilih:
5
• Aktifkan deringan                               • Deringan untuk notifikasi penting sahaja          • Nyah aktif semua deringan

 

DASH CHARGE

Dash Charge merupakan fungsi yang paling terbaik editor rasakan ada pada OnePlus 3. Jika anda menggunakan smartphone ini dengan penggunaan yang sangat berat seperti bermain game untuk berjam-jam, pasti bateri anda akan cepat habis. Itulah yang dihadapi oleh editor apabila menghabiskan masa dengan permainan Slither.io. Mujur OnePlus 3 mempunyai fungsi Dash Charge yang mampu mengecas bateri dari 0% ke 60% dalam masa 30 minit sahaja. Ia bukan hanya cakap kosong dari OnePlus, editor telah pun mencubanya dan ia memang benar-benar mampu mengecas dengan sangat pantas.

dash-chargeNamun anda perlulah menggunakan kepala pengecas dan kabel USB Type C yang disediakan bersama-sama OnePlus 3. Jika tidak fungsi Dash Charge tidak boleh digunakan, dan itulah satu kekurangan yang editor rasakan. Ini bermakna anda perlu sentiasa membawa kepala pengecas dan kabel original ke mana-mana sekiranya anda ingin menggunakan Dash Charge.

 

STORAGE

storageKapasiti storan merupakan salah satu kekurangan yang ada pada OnePlus 3. Peranti ini hadir dengan pilihan kapasiti 64GB sahaja dan ia juga tidak menyokong fungsi MicroSD, jadi anda akan sentiasa tersekat pada kapasiti tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan OnePlus 3 dan merasakan kapasiti stor 64GB tidak cukup, mungkin anda perlu mendapatkan Pendrive Type-C OTG.

Satu lagi alternatif adalah untuk menyimpan fail anda di dalam servis Cloud. Antara pilihan servis Cloud yang baik adalah Google Drive, Microsoft OneDrive, Dropbox dan juga Mega. Namun dinasihatkan anda melakukan proses muat naik fail ketika peranti disambungkan dengan WiFi, ini bagi mengelakkan anda kehabisan kuota data Internet.

 

PERISIAN

8-1Editor tergolong di dalam kumpulan pengguna yang gemarkan stock Android yang bermaksud sistem operasi Android yang hadir dengan aplikasi dan fungsi asas sahaja. Ini bagi memastikan peranti tidak terbeban dengan aplikasi dan fungsi yang tidak berguna.

OnePlus 3 menggunakan OxygenOS dan jika anda juga peminat stock Android, anda pasti suka akan OxygenOS. Hanya aplikasi asas yang telah di pra-sediakan untuk anda, OnePlus hanya melakukan beberapa modifikasi minimal ke atas sistem operasi Android Marshmallow, antaranya adalah:-

8-2Shelf

Shelf merupakan paparan khas untuk anda meletak dan mengakses aplikasi, informasi dan juga widget. Jika anda tidak berminat untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh nyah aktif dengan touch dan hold skrin > tap customise dan nyah aktif enable shelf.

 

 

 

8-3Dark Mode

Dark Mode menukar paparan anda ke tema gelap. Menu aplikasi dan paparan tetapan akan bertukar menjadi warna hitam. Sesuai bagi mereka yang kerap menggunakan peranti pada waktu malam.

 

 

 

 

Butang Navigasi

Anda mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan butang kapasitif di bahagian luar skrin atau pun mengaktifkan butang navigasi pada skrin. Editor memilih untuk menggunakan butang kapasitif terasing dari skrin, ini bagi membolehkan paparan skrin aplikasi dimaksimakan sepenuhnya. Tetapan butang boleh dilakukan pada menu Settings > Buttons

Aktifkan fungsi ini sekiranya anda mahukan butang navigasi pada skrin.
Aktifkan fungsi ini sekiranya anda mahukan butang navigasi pada skrin.
Gestures

8-5Melalui beberapa gestures khas, anda boleh memberikan input arahan kepada peranti ketika skrin tidak aktif. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda, malah ia memudahkan anda mengakses fungsi yang anda mahukan. Masuk ke Settings > Gestures dan aktifkan fungsi yang anda mahu.

 

 

Ketika skrin padam anda boleh:
1. Tap skrin dua kali untuk mengaktifkan paparan peranti.
2. Lukis bentuk O atas skrin bagi mengaktifkan kamera.
3. Lukis bentuk V atas skrin bagi mengaktifkan lampu flash.
4. Lukis bentuk ll dengan dua jari untuk memainkan/menghentikan lagu, 
bentuk > untuk memainkan lagu seterusnya atau < untuk memainkan 
semula lagu sebelum.

 

LED Notifications

8-6OnePlus 3 hadir dengan menawarkan anda pelbagai kawalan dan modifikasi, salah satunya adalah kawalan lampu notifikasi LED. Pada menu Settings > Customisation > LED Notifications, anda boleh menetapkan warna lampu yang anda mahu pada mana-mana jenis notifikasi.

Contohnya anda mahu menukar lampu notifikasi bateri penuh dari hijau kepada biru, apa yang anda perlu lakukan adalah tap sahaja menu Battery Full dan pilihan warna akan dipaparkan kepada anda. Pilih warna biru dan apabila bateri anda siap dicas, lampu notifikasi akan mengeluarkan warna biru. Selain itu anda juga boleh menetapkan lampu notifikasi untuk setiap aplikasi, untuk melakukan sedemikian, tap menu Per App Notifications.

 

PRESTASI

prestasiOnePlus 3 dilengkapi cip pemproses terbaru yang berprestasi tinggi, dengan Qualcomm Snapdragon 820 dan disokong pula RAM 6GB, peranti ini mampu memproses dan menyimpan data semasa dengan sangat baik. Sepanjang menggunakan OnePlus 3, editor tidak pernah menghadapi masalah aplikasi crash, lagging dan lain-lain. Walau begitu terdapat isu overheat, namun ia telah dibaik pulih setelah editor mendapatkan kemas kini terbaru OxygenOS.

Untuk mendapatkan data dan gambaran lebih jelas tentang prestasi OnePlus 3, editor menjalankan ujian benchmark menggunakan aplikasi AnTuTu. Hasil ujian benchmark menunjukkan OnePlus 3 adalah smartphone yang yang mencatatkan skor tertinggi buat masa kini (Julai) dalam ranking AnTuTu, prestasi hebat ini dibantu oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan juga RAM 6GB.

 

KAMERA

kamera

kamera-depanMenurut ranking DxOMark, takhta raja kamera smartphone ketika ini (Julai) dipegang HTC 10, Samsung Galaxy S7 Edge dan Sony Xperia X Performance, namun peranti-peranti tersebut hadir dengan tanda harga yang sangat tinggi, jauh berbeza dengan OnePlus 3. Namun sekiranya anda mendapatkan OnePlus 3 dengan kemampuan lensa 16 megapiksel, anda pasti tidak akan kecewa dengan keputusan yang diambil.

 

10-2
Antaramuka dan menu kamera OnePlus 3.

Mungkin ia tidak boleh menandingi kamera yang ada pada raja-raja kamera smartphone, namun ia mampu bersaing rapat dari segi kualiti gambar dan sekiranya anda pandai memanipulasi imej dan mod tangkapan RAW, anda mungkin sahaja mampu menangkap imej dengan kualiti yang lebih baik dari raja kamera smartphone.

Antaramuka dan menu kamera OnePlus sangat simple dan minimal, anda hanya perlu swipe ke atas / bawah untuk menukar mod tangkapan gambar kepada rakaman video. Untuk melihat menu kamera, swipe dari sisi kiri dan anda juga boleh mengakses tetapan dari paparan ini.

 

10-3
Kamera OnePlus menyokong mod tangkapan manual dan juga fail format RAW

 

HASIL GAMBAR

Indoor
Indoor
Kualiti gambar kamera utama amat baik, penukaran fokus antara objek pantas, 
warna terhasil juga amat baik. Mungkin tidak sebaik Samsung Galaxy S7 Edge, 
namun sememangnya boleh dikelaskan antara kamera smartphone berprestasi 
tinggi di pasaran.

 

Mod Manual
Mod Manual
Contoh hasil imej yang diambil menggunakan talaan manual. Anda boleh
menghasilkan imej yang mempunyai masukan cahaya yang lebih dari biasa.
Selfie
Selfie
Kamera hadapan juga berfungsi dengan baik. Imej dan warna terhasil kemas 
dan cahaya pula dapat diimbangkan dengan sempurna.

 

Contoh Hasil Gambar (Klik untuk zum)
mod-malam-2
Mod Malam
outdoor
Outdoor
Makro
Makro

 

 

 

 

 

Tidak seperti kebanyakan kamera smartphone lain di pasaran yang menggunakan hanya satu tetapan penstabil, OnePlus 3 mengambil langkah yang sedikit berbeza. Kamera OnePlus 3 dilengkapi dua penstabil imej, iaitu Optical Image Stabilization dan juga Electronic Image Stabilization.

Pentsabil imej ini membolehkan anda mendapatkan tangkapan yang lebih stabil, terutamanya di dalam mod zoom dan juga rakaman video. Namun terdapat beberapa isu yang dihadapi editor sebelum kemas kini sistem operasi terbaru. Rakaman video mempunyai gegaran dan kurang stabil, namun setelah memuat turun kemas kini OxygenOS 3.2.2, rakaman video lebih stabil dan baik.

 

RUMUSAN EDITOR

Pada pendapat editor, OnePlus 3 adalah peranti terbaik buat masa kini yang pernah dikeluarkan syarikat OnePlus, ia menepati hampir semua kriteria yang patut ada pada sebuah flagship seperti kualiti binaan, prestasi perkakasan, kekemasan perisian dan kecekapan keseluruhan peranti, apa yang lebih menarik ia ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah dari flagship pesaing lain.

Jadi bagi mereka yang mencari alternatif kepada peranti flagship tetapi tidak bersedia mengeluarkan sejumlah wang yang terlalu banyak, OnePlus 3 mungkin peranti yang perfect untuk anda.

√ PRO 

  1. Spesifikasi tinggi pada harga berpatutan.
  2. Kualiti binaan premium.
  3. Prestasi kamera sangat baik.
  4. Pengesan cap jari yang pantas.

× KONTRA

  1. Lensa kamera timbul dari bahagian belakang peranti.
  2. Tiada wireless charging.
  3. Tiada sokongan MicroSD.
You might also like