
Honor 7 (2018) Dilancarkan Dengan Skrin 5.45” Bersama Kamera Depan 24 Megapiksel

Sebelum ini honor sedia menawarkan honor 7X, honor 7A, dan honor 7C untuk pasaran global. Terbaru, honor menambah lagi barisan telefon pintarnya dengan memperkenalkan honor 7 (2018) yang hadir dengan spesifikasi sedikit rendah berbanding generasi honor 7 sebelum ini.

Honor 7 (2018) didatangkan dengan skrin bernisbah 18:9 berukuran 5.45-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (1440 x 720p). Peranti ini dikuasakan cip pemproses empat-teras melalui MediaTek MT6739 berkelajuan sederhana, 1.5GHz. Sistem operasi turut membawakan Android 8.1 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.1.
Pada bahagian seterusnya, kamera pada honor 7 (2018) dilengkapi kamera utama 13 Megapiksel dan bukan dwi kamera. Sementara itu, kamera depan pula menawarkan sensor sebesar 24 Megapiksel yang menyokong bantuan cahaya LED soft light.

Peranti yang mempunyai bateri berkapasiti 3,020mAh ini ditawarkan di pasaran China dengan memori RAM 2GB dan storan 16GB pada harga CNY599 (kira-kira RM370). Pilihan warna yang disediakan pula ialah emas, biru, dan hitam.
Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut adakah peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

