Tawaran Diskaun Grab untuk Penghujung Minggu, Sehingga 10 Julai 2016

GrabCar 2Sempena ramadan dan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Grab telah menawarkan diskaun sehingga RM6 sekiranya menggunakan perkhidmatan mereka pada penghujung minggu. Promosi ini terhad untuk penggunaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja, bermula 18 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016.

Promosi yang ditawarkan oleh Grab ini adalah untuk tempahan GrabCar (Ekonomi) dan diskaun maksima yang ditawarkan sehingga RM6. Grab memberitahu sebanyak 20,000 perjalanan dengan diskaun ditawarkan untuk ditebus setiap penghujung minggu, tetapi pengguna perlu menggunakan kod GRABMYWEEKEND.

Namun begitu, setiap pengguna hanya boleh menggunakannya sebanyak 4 kali sahaja sepanjang tempoh promosi dijalankan. Bagi mereka yang sering menggunakan GrabCar, anda boleh menggunakan kod diskaun dan menikmati diskaun perjalanan sepanjang hujng minggu pada musim ramadan ini.

Muat Turun:

You might also like