iPay88 Yakin Transaksi Dalam Talian Pada Tahun 2018 Terus Meningkat

iPay88 merupakan peneraju dalam transaksi pembelian dalam talian. Dikemudi oleh iPay88 Holding Sdn. Bhd, hari ini mengumumkan syarikatnya kini bergerak ke hadapan lebih maju seiring trend semasa rakyat Malaysia membeli-belah secara dalam talian.

Chan Kok Long, Pengarah Eksekutif iPay88 (kiri)

Mengikut statistik, iPay88 kini mendominasi sistem pembayaran mudah alih di Malaysia dengan merekodkan 58.5 juta transaksi dalam talian sepanjang tahun 2017. Rekod ini juga berjaya meningkat sebanyak lebih kurang 53% dengan jumlah transaksi sebanyak RM6.6 bilion iaitu dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Angka itu telah naik mendadak selepas platfom e-dagang Lazada, 11street, Shopee dan sebagainya mengadakan kempen promosi besar-besaran pada akhir tahun lalu. Jurucakap iPay88 juga mengatakan pada awal tahun 2017, mereka mengjangka perbankan dalam talian akan diteruskan sebagai kaedah pilihan pembelian e-dagang seiring teknologi telefon pintar yang semakin berkembang maju.

Oleh disebabkan itu, trend pembelian menerusi komputer desktop kini tidak lagi menjadi alternatif kepada orang ramai. Berdasarkan laporan comScore, rakyat Malaysia yang membeli dalam talian adalah dalam lingkungan umur 15 ke 24 tahun manakala umur 24 ke 35 lebih terdorong untuk menggunakan komputer desktop.

You might also like