

Dell Malaysia telah memperkenalkan beberapa model terbaharu mereka dalam satu pelancaran baru-baru ini. Salah satu model yang dikemaskini adalah Dell Inspiron 13 7000 (7380) dan Inspiron 13 7000 2-in-1 (7386).
Apa yang dapat dilihat pada kedua-dua model ini adalah rekaannya yang nipis serta menawarkan ciri-ciri premium! Walaupun kedua-duanya menampilkan paparan skrin 13.3 inci, ia hadir dengan resolusi berlainan. Dell Inspiron 13 7000 2-in-1 (7386) menawarkan spesifikasi lebih tinggi berbanding Dell Inspiron 13 7000 dan ia adalah model pertama yang dilengkapi dengan teknologi Temporal Noise Reduction untuk prestasi cahaya malap lebih baik.

Tidak terhad untuk bekerja, komputer riba ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri hiburan seperti CinemaColor, CinemaStream serta CinemaSound bagi memastikan pengalaman multimedia berada pada tahap maksimum. Kepada yang berminat boleh layari laman rasmi Dell Malaysia serta Facebook Dell Malaysia. Sebelum membeli, lihat dulu spesifikasi yang di antara dua komputer riba ini.

Spesifikasi :
|
Dell Inspiron 7000 (7380) |
Dell Inspiron 7000 2-in-1 (7386) |
|
|
Paparan |
13.3 inci FHD |
13.3 inci UHD |
|
OS |
Windows 10 Home |
|
|
CPU |
Intel Core i5-8250U |
Intel Core i7-8565U |
|
GPU |
Intel UHD Graphics 620 |
|
|
RAM |
8GB DDR4 |
16GB DDR4 |
|
Storan |
256GB m.2 PCIE |
512GB m.2 PCIE |
|
Bateri |
38Whr |
|
|
Dimensi |
309.66 x 215.7 x 15.19mm / 1.33kg |
307.7 x 212.45 x 13.68mm / 1.45kg |
|
Warna |
Pink Champagne & Platinum Silver |
Platinum Silver & Black |
|
Harga |
Bermula RM 3,759 |
Bermula RM 4,699 |

