

Jika model siri Dell Inspiron 7000 di luar bajet, anda boleh membeli model kemas kini yang lebih murah iaitu Dell Inspiron 14 5000 (5480) ataupun Inspiron 14 5000 2-in-1 (5482).
Selain mempunyai reka bentuk yang anggun, ia juga hadir dengan paparan resolusi FHD yang baik. Siri ini turut menawarkan fungsi facial recognition yang membolehkan anda boleh log masuk dengan hanya melihat kamera yang disediakan, sangat mudah. Terdapat juga papan kekunci backlit untuk memberikan keselesaan ketika anda melakukan kerja dalam persekitaran malap. Kedua-duanya menawarkan fungsi kerja dan hiburan yang sangat baik.

Dilengkapi fungsi storan lebih besar yang menawarkan prestasi yang lebih baik dari aspek masa respon kerja dan juga penggunaan kuasa, ianya sesuai bagi mereka yang mahukan komputer berkuasa yang versatil dalam melakukan pelbagai tugasan.

Spesifikasi :
|
Dell Inspiron 14 5000 (5480) |
Dell Inspiron 14 5000 2-in-1 (5482) |
|
|
Paparan |
14 inci FHD IPS LCD (1920 x 1080) |
|
|
OS |
Windows 10 Home |
|
|
CPU |
Intel Core i3-8145U & i5-8250U |
Intel Core i5-8250U & i7-8565U |
|
GPU |
Intel UHD Graphics 620 & NVIDIA GeForce MX130 2GB |
NVIDIA GeForce MX150 2GB |
|
RAM |
4GB DDR4 & 8GB DDR4 |
|
|
Storan |
256GB m.2 PCIE & 1TB 5.4k rpm HDD |
|
|
Bateri |
42Whr |
|
|
Dimensi |
324.3 x 232 x 18.77 – 19.1mm / 1.48kg |
328 x 232.8 x 19.95mm / 1.75kg |
|
Warna |
Platinum Silver & Burgundy Red |
Platinum Silver & Black |
|
Harga |
Bermula RM 2,869 |
Bermula RM 2,919 |

