Menonton YouTube Secara Offline Dengan Aplikasi YouTube Go?!

Icon

Menonton video menerusi aplikasi YouTube pastinya menggunakan data yang banyak bukan? Bagi yang melanggan tanpa pelan YouTube, ia agak membebankan. Jangan risau, kini anda boleh menonton dan berkongsi video secara offline dengan adanya aplikasi YouTube Go. Sebelum memuat turun video yang diinginkan, anda boleh memilih saiznya terlebih dahulu.

 

Apabila muat turun selesai dijalankan, pengguna boleh menontonnya secara offline, malah perkongsian video dengan rakan-rakan dan keluarga juga mudah dengan hanya menggunakan sambungan Bluetooth. Buat masa sekarang, aplikasi YouTube Go hanya ditawarkan di negara India sahaja, tetapi Google memberitahu ia bakal digunakan oleh pengguna YouTube di seluruh dunia tidak lama lagi.

YouTube Go

You might also like