Pengumuman Harga Sony Xperia X

1.1Sony Xperia X bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia, dan jika anda ke laman web rasmi Sony Store Malaysia Sony Store Malaysia, harga peranti terbaru itu sudah pun terpampang. Bagi yang berminat mendapatkan Sony Xperia X, model tersebut dijual pada harga RM 2,499.

Sony Xperia X hadir dengan paparan Full HD 5 inci dan juga dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 650, 64-bit Hexa-core yang akan memastikan peranti anda mampu melakukan kerja dengan pantas. Kemampuan optikalnya pula bergantung kepada kamera 23 megapiksel dengan PDAF dan kamera hadapan 13 megapiksel. Sony juga menawarkan pelbagai aksesori percuma seperti Sony Style Cover, pelindung skrin dan juga kad MicroSD 64 GB sekiranya anda mendapatkan peranti ini pada tempoh Pra-tempah

You might also like