
Avvio, satu jenama baru yang dibawa masuk oleh Brightstar Malaysia, kini hadir dengan peranti baru mereka yang dikenali sebagai Avvio L660S. Kehadiran smartphone ini telah memberi lebih pilihan kepada pasaran entry-level dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Hadir dengan MediaTek Quad-core 1.0Ghz, 1GB RAM, 5.0 inci skrin, kamera utama 13 megapiksel serta kamera hadapan 5 megapiksel.
FIZIKAL
1.Paparan Skrin
Model ini telah dibekalkan dengan paparan skrin berukuran mencecah 5.0 inci yang menawarkan resolusi 1280×720 piksel. Malah penggunaan teknologi skrin jenis HD IPS LCD mampu menghasilkan paparan imej dan juga warna yang kelihatan lebih terang walaupun ketika berada dibawah cahaya matahari.
2.Slot Kad SIM & Bateri
Apabila panel belakang smartphone dibuka, anda boleh melihat bateri Li-Po yang boleh dikeluarkan dari slotnya berkapasiti 2000mAh. Tidak dilupakan juga dua slot kad SIM jenis micro SIM serta kad memori tambahan microSD sebesar 32GB boleh ditemui pada bahagian atas slot bateri tanpa menyokong fungsi hot-swap.
3.Lensa Utama 13 Megapixel
Kelebihan yang dimiliki oleh Avvio L660S, ia menyokong penggambaran utama 13 Megapiksel dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel. Malah sokongan lensa berkualiti ini sekali gus menjanjikan pengambilan gambar dan juga rakaman video lebih jelas dengan adanya sokongan fungsi auto fokus dan LED flash serta menyokong beberapa mod menarik untuk kamera utama.
APLIKASI MENARIK
1.Ketahanan Bateri
Bateri merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna smartphone sekarang. Ini kerana, kebanyakan smartphone yang dikeluarkan hadir dengan kapasiti bateri yang kecil. Tetapi berlainan pula dengan Avvio L660S, di mana ia menyediakan bateri berkapasiti 2000mAh bersama mod Intelligent Power Saving.
2.Muzik
Pemain muzik smartphone ini telah mengambil pendekatan baru, di mana kesemua aplikasi berkaitan muzik akan ditempatkan di dalam satu aplikasi yang sama. Untuk kemudahan mencari lagu, pemain muzik milik Avvio L660S telah diasingkan kepada beberapa kategori iaitu Artists, Albums, Songs dan juga Playlists. Kualiti bunyi yang dihasilkan olehnya juga memuaskan dengan adanya sokongan teknologi Equalizer.
3.Pemain Video
Memandangkan peranti ini menyokong rakaman video HD penuh dalam format 1080p, jadi tidak menjadi masalah untuk anda memainkan sebarang video berdefinisi HD 1080p. Menariknya lagi, pemain video yang disokong oleh Avvio L660S turut boleh diedit mengikut kemahuan sendiri dengan adanya fungsi Trim.
4.Kamera Utama & Depan

AVVIO L660S menawarkan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel yang telah dilengkapi serta beberapa mod menarik di antaranya adalah HDR, Face beauty dan Night shoot. Manakala kehadiran kamera utama 13 Megapiksel dengan mod Panorama, Face beauty, HDR dan beberapa membolehkan anda mengambil gambar mengikut kreativiti tersendiri.
AKSESORI
1.Smart Cover
Avvio L660S turut hadir dengan sebuah Smart Cover yang boleh dipadankan dengan smartphone ini. Menariknya, anda boleh memilih tiga rekaan jam untuk digunakan pada paparan smartphone serta boleh menjawab panggilan tanpa perlu membuka cover smartphone terlebih dahulu.
HASIL GAMBAR

HARGA: RM479
ISTIMEWA
Janji Mereka Pada Anda Selepas 18 Bulan Selepas Pembelian!
Jaminan
- Penganti 1-untuk-1
Hantarkan alat anda ke pusat servis (Avvio Assist) dan dapatkan gantian dalam tempoh 24 jam.
Luar-Jaminan
- Separuh harga untuk penggantian skrin
potongan 50% hanya sekali bagi gantian skrin termasuk panel sesentuh dan LCD skrin
- Komitmen kami
Nikmati potongan 30% dari bil pembaikian anda jika alat anda tidak dibaiki dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Alat ganti mampu milik
Anda hanya perlu membayar RM 18 sahaja untuk bateri yang tulen.
- Tiada kos pemprosesan
Tiada kos pemprosesan dikenakan bagi sebut harga walaupun anda memilih untuk tidak membaiki alat anda dengan kami.
*Untuk terma dan syarat, anda boleh rujuk di www.brightstarcorp.com.my/brands/avvio/#tnc.
KOMEN
Avvio L660S boleh dikatakan sebagai sebuah smartphone kelas pertengahan terbaik di pasaran dengan menawarkan pemproses Quad Core berkelajuan 1.0GHz serta dioperasikan bersama Android 5.1 Lollipop. Selain menawarkan penggambaran utama 13 Megapiksel dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel dengan pelbagai mod, ia juga ditawarkan dengan harga yang mampu milik iaitu serendah RM479. Lebih istimewa lagi, peranti ini menawarkan waranti yang jarang-jarang dimiliki oleh smartphone lain di pasaran sekarang. Malah ianya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


