
Akaun Sosial Mark Zuckerberg Diceroboh!
Agak ironi apabila pemilik media sosial terbesar di dunia, Mark Zuckerberg telah digodam sosial akaun Twitternya oleh sekumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai OurMine Team. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Mark Zuckerberg mempunyai akaun sosial pesaing, namun beliau tidaklah aktif di Twitter.
Penggodam tersebut juga mendakawa mereka mempunyai akses kepada akaun Pinterest Mark Zuckerberg dan cuba menarik perhatian pengasas Facebook itu dengan provokasi. Twitter bagaimanapun telah bertindak pantas dengan membekukan akaun Twitter Mark Zuckerberg bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sedangkan pemilik akaun orang yang hebat dalam dunia komputer pun berjaya diceroboh, apatah ;agi kita yang hanya pengguna biasa. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan media sosial wahai rakan eRing sekalian.