Bandai Namco Ingin Membuka Pejabat Di Malaysia

4.1Nampaknya Malaysia semakin menjadi tumpuan nama-nama besar di dalam dunia teknologi, selepas Facebook yang baru-baru ini membuka pejabat mereka di Kuala Lumpur, Bandai Namco pula telah mengumumkan yang mereka sedang merancang untuk meluaskan operasi mereka dan membuka pejabat di ibu negara sekitar tahun ini. Namun masih tiada butiran terperinci tentang lokasi dan tarikh pembukaan pejabat tersebut dari Bandai.

Pembukaan pejabat Bandai Namco menunjukkan satu tren positif bagi pembangunan media kreatif di Malaysia. Ini menunjukkan tenaga kerja dan minda kreatif tempatan mampu bersaing pada peringkat global. Baru-baru ini kita berasa berbangga apabila sebuah syarikat tempatan terlibat secara langsung dalam pembangunan permainan Uncharted 4.

You might also like