
Berita yang sangat mengujakan khususnya bagi peminat jenama peranti vivo apabila mereka telah merasmikan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai vivo V19!! Sungguhpun spesifikasi telah diperkenalkan, namun harga masih belum lagi diketahui!
Keupayaan peranti ini dapat dilihat menerusi paparan skrin Super AMOLED 6.44″FHD+tampil memberikan tontonan yang terbaik kepada pengguna.
Lebih mengujakan apabila ia turut dihadirkan dengan kamera hadapan 32MP + 8MP yang mana ia dihadirkan dengan fungsi menarik seperti Super Wide-Angle Selfie, Selfie Softlight Band, Super Night Selfie dan Ultra Stable Selfie Video.
Kualiti pada kamera belakang juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP tampak lebih unggul.
Peranti ini dihadirkan dengan pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB ROM yang mempamerkan prestasi yang mengagumkan bagi kelasnya.
Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 45oomAh dengan sokongan pengecasan pantas vivo FlashCharge 2.0 33W.
Buat kaki game, korang jangan risau sebab vivo V19 ini tampil dengan Ultra Game Mode dan Multi-Turbo 3.0 yang memberikan pengalaman game terbaik kepada anda.
Tampil dengan 2 varian warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.